Thursday, September 16, 2010

CONTEST RAYA



Hi. Mesti pelik dan mesti tertanya2 kenapa aku letak photo ni. Ini bukan photo family aku  tapi photo penganjur contest CONTEST RAYA iaitu . . . h u s n a . . .1st time aku nk masuk contest yg telah dianjurkan oleh mana2 pihak. Aku dapat tau ni pun sebab aku search kt google. Korang pon boleh cuba sendiri. "contest raya sempoi" Mencuba tak salah kan. Menang atau kalah tu lain cerita, sekurang2nya aku mencuba n support activity blogger. Ni serba sikit pengalaman raya aku pada tahun lepas yang buat aku rasa nak gelak sampai sekarang. Lagipun selepas aku dapat tau yang ade blogger buat contest raya ni, terus aku bebelkan pengalaman aku. Pada hari raya pertama, aku balik kampung sebelah mak di kelana jaya. Dan pada raya keduanya aku balik beraya di perak. Maka seperti biasalah, menziarahi saudara mara. Aku pergi kerumah pak ngah kebetulan disana ramai juga tetamu, adalah lebih kurang 12 orang mereka asyik bincang-bincang orang ini tak betul orang itu tak betul, orang ini zalim orang itu zalim, macam-macamlah. Yang paling serius bercerita dalam pengumpatan itu ialah pak ngah aku. Dialah yang paling bersemangat. Apabila sampai pada tajuk mencium tangan mahathir dan menyembah raja aku pun menyampuk, "apa hukum kelakuan menyembah raja tu?" Pak ngah dengan semangatnya berkata haram, tak boleh, berdosa , syirik. Jadi aku tanya "dulu ingat tak dalam tv semasasa nik aziz angkat sumpah tak silap aku didepan raja, aku tengok macam yg lain juga cuma beza dia nik aziz pakai serban dan jubah" Mereka yang lain menjawab ya tak ya juga, memang kami tengok pun gambar tu. Maka kata pak ngah nik aziz lain, dia tak sembah macam orang lain, dia tak tunduk sangat semasa bongkok tu. Maka aku pun teringat cerita jenaka lama (mungkin cerita rekaan) dan aku ceritakan semula kepada mereka sebagai bandingan. Dulu ada seorang tok guru yg ramai anak murid. Dalam ramai-ramai anak murid ada seorang murid perempuan yg sungguh cantik, apabila murid perempuan dan murid lelakinya berkahwin tok guru merasa sayang pulak  pada murid perempuannya itu. Tok guru pun mencari jalan.... Pada suatu hari tok guru pergi mengintai-ngintai dirumah muridnya yg baru kahwin itu. Apabila  sampai dibilik air kebetulan murid lelakinya sedang kencing menghadap kiblat. Keesokkan harinya tok guru itu memanggil murid lelaki berkenaan dan berkata "engkau ni memang tak sayang bini" Murid lelakinya menjawab,kenapa tok guru? Jawab tok guru "kalau kita kencing menghadap kiblat maka jatuh talak tiga" Habis macamana? tanya murid lelaki tu. "Kena cerailah" jawab tok guru. Setelah bercerai tok guru pun berkahwinlah dengan murid perempuan idamannya itu. Setelah berkahwin murid perempuan itu dapati tok guru itu pun kencing menghadap kiblat juga. Maka susah hatilah dia takut jatuh talak lagi. Murid perempuan itu pun bertanya pada tok guru kenapa kencing menghadap kiblat juga? Jawab tok guru itu "nampak saja aku kencing menghadap kiblat, sebenarnya tidak, kerana aku bengkokkan sedikit kearah lain" Oh begitu jawab murid perempuan tersebut yg sangat berpuashati (Walaupun cerita ini mungkin rekaan orang tua-tua dulu, tapi cukup untuk dijadikan kiasan kepada pak ngah yg keras pedal tadi dan tetamu tetamu yang lain) dengan jawapan tok guru itu.  Maka tetamu-tetamu tersenyum memandang aku. Ternganga pak ngah. Pak ngah aku ni memang suka sembang. Ape saja yang dia buat, dia cerita, dia cakap, mesti betul. Kalau pendapat orang lain tu bercanggah dengan pendapat die, mesti die lawan balik. Gerenti 100%. Dan Kenangan paling manis, aku dapat beraya buat pertama kalinya dengan buah hati aku :) Selamat hari raya. Semoga hubungan aku dengan Nurul Asyikin berkekalan, DAH masuk dalam wish list tahun depan tau aku nak beraya dengan dia :)

Okay , macam ni rupanya nak tag orang :)

4 comments:

. . . h u s n a . . . said...

hahaha... okie.... tapi ta bley nak diterima.... mne orang yang di tag tuh ???? tag minimum seorang, then nnt sy approvekan balik k??? hehe... tq :)

Muhammad Mus'ab Azha said...

macam mana nak tag orang ?

. . . h u s n a . . . said...

hahaha.... u got it :)
first participant ... tq :)

Muhammad Mus'ab Azha said...

thanks . hope i can be so lucky and be the winner .

Post a Comment